1 bilion penduduk dunia miskin tegar

Sebuah keluarga dari daerah Darbhanga berkumpul untuk makan bersama ketika India dikelaskan mempunyai penduduk termiskin paling ramai. - AFP
Sebuah keluarga dari daerah Darbhanga berkumpul untuk makan bersama ketika India dikelaskan mempunyai penduduk termiskin paling ramai. - AFP
A
A
A

NEW YORK - Lebih satu bilion penduduk dunia hidup dalam kemiskinan, lapor Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP).

Laporan sama menyebut kanak-kanak antara menyumbang separuh daripada kemiskinan itu.

Kertas kerja yang diterbitkan dengan Oxford Poverty and Human Development Initiative (OPHI) menekankan bahawa kadar kemiskinan adalah tiga kali lebih tinggi di negara-negara berperang, memandangkan 2023 menyaksikan konflik paling banyak di seluruh dunia sejak Perang Dunia Kedua.

UNDP dan OPHI telah menerbitkan Indeks Kemiskinan Berbilang Dimensi mereka setiap tahun sejak 2010 dengan mengumpulkan data dari 112 negara dengan gabungan populasi 6.3 bilion orang.

Seorang wanita meratapi kematian anaknya yang terkorban semasa serangan Israel di sekolah terletak di kejiranan Zaytoun, Genting Gaza. - AFP
Seorang wanita meratapi kematian anaknya yang terkorban semasa serangan Israel di sekolah terletak di kejiranan Zaytoun, Genting Gaza. - AFP

Ia menggunakan penunjuk seperti kekurangan tempat tinggal yang mencukupi, sanitasi, elektrik, bahan api memasak, pemakanan dan kehadiran kanak-kanak ke sekolah.

"MPI 2024 memberi gambaran yang menyedihkan di mana 1.1 bilion orang mengalami kemiskinan multidimensi, di mana 455 juta daripadanya hidup dalam bayang-bayang konflik.

Artikel Berkaitan:

“Bagi golongan miskin di negara yang dilanda konflik, perjuangan untuk keperluan asas adalah sangat sukar dan terdesak,”," kata Ketua Perangkaan di UNDP, Yanchun Zhang.

Laporan itu mengulangi penemuan tahun lepas apabila 1.1 bilion daripada 6.1 bilion orang di 110 negara menghadapi kemiskinan multidimensi yang ekstream.

Laporan diterbitkan pada Khamis menunjukkan bahawa kira-kira 584 juta orang bawah umur 18 tahun mengalami kemiskinan tegar iaitu mencakupi 27.9 peratus kanak-kanak di seluruh dunia berbanding 13.5 peratus orang dewasa.

Ia juga menunjukkan bahawa 83.2 peratus daripada penduduk termiskin di dunia tinggal di Sub-Sahara Afrika dan Asia Selatan.

Petugas kesihatan memeriksa kesihatan seorang kanak-kanak di sebuah klinik bergerak yang diusahakan Save The Children di Antalale, Ethiopia. - AFP
Petugas kesihatan memeriksa kesihatan seorang kanak-kanak di sebuah klinik bergerak yang diusahakan Save The Children di Antalale, Ethiopia. - AFP

Pengarah OPHI, Sabina Alkire memberitahu AFP bahawa konflik telah menghalang usaha untuk mengurangkan kadar kemiskinan global

"Pada tahap tertentu, penemuan ini adalah intuitif. Tetapi apa yang mengejutkan kami ialah jumlah orang yang bergelut untuk menjalani kehidupan baik dan pada masa sama mereka bimbang akan keselamatan masing-masing.

"Ini menunjukkan kepada cabaran yang nyata tetapi tidak dapat dielakkan kepada masyarakat antarabangsa untuk memusatkan perhatian pada pengurangan kemiskinan selain memupuk keamanan supaya ia kekal bertahan," tambah Alkire.

Setakat ini, India ialah negara yang mempunyai bilangan penduduk paling ramai dan mereka tergolong dalam miskin tegar sehingga memberi kesan kepada 234 juta daripada 1.4 bilion penduduknya.

Ia diikuti oleh Pakistan, Ethiopia, Nigeria dan Republik Demokratik Congo (DRC). Lima negara itu menyumbang hampir separuh daripada 1.1 bilion penduduk miskin. - AFP

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!