Pengusaha tapak perkhemahan jangan fikir untung sahaja

Aktiviti perkhemahan atau camping dalam kalangan masyarakat kita kini sudah menjadi satu trend. Foto hiasan
Aktiviti perkhemahan atau camping dalam kalangan masyarakat kita kini sudah menjadi satu trend. Foto hiasan
A
A
A

AKTIVITI perkhemahan atau camping dalam kalangan masyarakat kita kini sudah menjadi satu trend.

Tidaklah hairan tapak perkhemahan kini semakin banyak dibuka untuk disewa kepada orang ramai.

Kedai-kedai menjual peralatan perkhemahan juga semakin banyak, malah jika ada ekspo jualan dianjurkan, pasti mendapat sambutan.

Merak Jalanan bukanlah peminat tegar aktiviti perkhemahan.

Boleh dikatakan baru nak berjinak-jinak merasai keseronokan di sebalik aktiviti tersebut.

Jadi, Merak Jalanan baru-baru ini menyewa satu tapak perkhemahan di sebuah negeri di semenanjung Malaysia yang boleh dikatakan terkenal dalam kalangan peminat aktiviti itu. Lokasinya, biarlah Merak Jalanan rahsiakan.

Cuma, Merak Jalanan nak tegur sikit kepada pengusaha tapak-tapak perkhemahan supaya lebih cakna terhadap keselamatan dan kemudahan penyewa, sesuai dengan bayaran dikenakan.

Merak Jalanan berdepan situasi ‘orang luar’ yang bukan menyewa tapak perkhemahan, masuk ke kawasan kami untuk melepak pada waktu malam.

Artikel Berkaitan:

Walaupun telah dimaklumkan kepada pengusaha, tetapi tiada tindakan diambil.

Timbul persoalan, jika berlaku perkara tidak diingini seperti kecurian, bagaimana hendak kenal pasti pelakunya kerana tiada rekod orang yang masuk dan keluar.

Begitu juga dengan aspek kebersihan.

Misalnya di tempat perkhemahan kami, banyak tikus pada waktu malam.

Ini bermaksud kawasan berkenaan adalah kotor.

Mungkin disebabkan sisa makanan tidak diuruskan dengan baik oleh pengusaha tapak perkhemahan sehingga mengundang kedatangan tikus.

Kehadiran tikus-tikus juga boleh menarik haiwan liar lain datang, seperti ular yang sememangnya menjadikan tikus sebagai makanan mereka.

Aktiviti perkhemahan sepatutnya menyeronokkan, tetapi disebabkan sikap lewa pengusaha tapak yang hanya memikirkan keuntungan, Merak Jalanan melalui satu pengalaman perkhemahan yang boleh dikatakan agak mengerikan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!