'Mahu langgar motosikal anak selepas tertangkap bersama kekasih gelap'

Aksi ayahnya yang mahu melanggar motosikal anak mereka tular di media sosial. Foto Agensi
Aksi ayahnya yang mahu melanggar motosikal anak mereka tular di media sosial. Foto Agensi
A
A
A

JAKARTA - Seorang ayah nyaris melanggar motosikal yang dinaiki dua anak perempuannya selepas dia tertangkap memandu bersama kekasih gelapnya dalam kejadian di Yogyakarta baru-baru ini.

Malah insiden itu dikongsi oleh anak perempuannya di media sosial pada Rabu, 16 Oktober.

Menurut anak perempuannya, insiden itu bermula apabila dia dan adiknya keluar untuk membeli nasi goreng.

"Selepas selesai membeli, ketika dalam perjalanan pulang, sebuah kereta melaju hampir melanggar motosikal kami.

"Susulan itu kami mengejar kereta itu, apabila semakin hampir dengan kereta itu kami perasan bahawa di dalamnya ada ayah dan kekasih gelapnya," kata perempuan itu yang tidak mendedahkan namanya menerusi satu hantaran di media sosial.

Tambahnya, menyedari perkara itu mereka semakin mengejar kereta itu hinggalah disedari oleh ayahnya.

"Mungkin dia berasa malu, lantas dia mahu melanggar motosikal kami selepas dia tahu keberadaan kami," dedahnya lagi.

Susulan itu, anak perempuannya itu berharap dengan pendedahanya itu dapat memberi kesedaran kepada ayahnya. -Agensi

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!