Gara-gara lalu 'jalan tikus', usahawan terserempak gajah liar

Tular satu video yang memaparkan seekor gajah sedang berada di atas jalan tanpa berkumpulan.
Tular satu video yang memaparkan seekor gajah sedang berada di atas jalan tanpa berkumpulan.
A
A
A

GERIK - Gara-gara melalui 'jalan tikus' untuk ke sebuah jeti seorang usahawan berdepan detik mencemaskan apabila terserempak dengan seekor gajah liar.

RoobGanesan, 39, berkata, kejadian itu berlaku sewaktu dia mahu pergi ke Jeti Mat Shah, Pulau Banding, Gerik untuk membeli barang kira-kira jam 7.45 petang baru-baru ini.

Menurutnya, dalam situasi tersebut dia hanya terfikir untuk selamatkan diri dengan mengundurkan kenderaan dan beredar daripada kawasan tersebut.

"Ketika itu saya mahu ke jeti dan menggunakan jalan tikus namun tidak disangka seekor gajah keluar daripada belakang semak berdekatan. Kebetulan pula masa itu jalan gelap memang tidak nampak pada awalnya.

"Bila gajah muncul saya terkejut tetapi dapat dikawal kerana berada dalam kereta. Dengan sedikit ilmu mengenai selok belok haiwan liar saya berundur secara perlahan-lahan serta mencari tempat selamat,"katanya kepada Sinar Harian.

Sebelum itu, tular satu video yang memaparkan seekor gajah berada di atas jalan tanpa berkumpulan.

Klip berdurasi 1 minit 29 saat itu menunjukkan gajah berkenaan dalam keadaan tenang.

Tambah RoobGanesan, bagi mengelakkan perkara tidak diingin berlaku dia tidak memadamkan lampu kereta agar didekati haiwan itu.

Artikel Berkaitan:

"Bila kita pasang lampu, dia tidak bergerak sekejap. Jadi itulah masa sesuai untuk kita berundur menyelamatkan diri.

"Sebelum ini, pernah juga terserempak dengan haiwan liar di hutan, saya buat perkara sama berundur perlahah-lahan tetapi ini kali pertama ketika berada dalam kereta," ujarnya.

Dia turut menasihati orang ramai agar tidak mendekati dan memberi laluan kepada gajah liar sekiranya terserempak dengan haiwan tersebut.

"Jika anda terjumpa gajah di jalan pastikan untuk tidak mendekatinya dan beri laluan kepada mereka," jelasnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!