Ban pecah: 33 mangsa dipindahkan di PPS Sungai Panjang

Kejadian ban pecah berdekatan sebuah ladang menyebabkan limpahan air di Sungai Bernam pada Khamis.
Kejadian ban pecah berdekatan sebuah ladang menyebabkan limpahan air di Sungai Bernam pada Khamis.
A
A
A

SABAK BERNAM - Seramai 33 mangsa daripada sembilan keluarga di Kampung Parit 16 Tanjung Medan dan Kampung Belia 2 di sini dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Hala Cara Baru Sungai Panjang, pada Khamis

Ketua Zon 7 Selangor Utara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Samsol Maarif Saibani berkata, pemindahan mangsa banjir itu susulan kejadian ban pecah berdekatan sebuah ladang menyebabkan air masuk ke Sungai Bernam dan seterusnya melimpah ke kawasan kebun dan rumah penduduk.

Menurut beliau, PPS itu mula dibuka pada jam 5.30 petang Khamis selepas kejadian ban pecah pada Rabu.

"Pecahan mangsa banjir dipindahkan di PPS itu terdiri daripada seramai 15 lelaki dan 18 wanita," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Beliau memberitahu, setakat ini pasukannya dan beberapa agensi terlibat sedang menjalankan pemantauan di kawasan terlibat.

"Laporan kejadian ini akan dikemas kini dari semasa ke semasa," tambah beliau.

Sinar Harian pada Khamis melaporkan, ban Sungai Bernam dilaporkan pecah menyebabkan Jalan Sungai Panjang - Tanjong Malim tidak boleh dilalui semua kenderaan akibat dinaiki air pada Rabu.

Ketua Zon 7 Selangor Utara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Samsol Maarif Saibani berkata, air dari ban pecah itu memasuki kawasan ladang dan melimpah masuk ke Sungai Bernam.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!