Air pasang besar: Jalan utama sekitar Pelabuhan Klang tenggelam

Balai Polisi Pelabuhan Klang antara kawasan yang terjejas.
Balai Polisi Pelabuhan Klang antara kawasan yang terjejas.
A
A
A

PELABUHAN KLANG - Fenomena air laut pasang besar menyebabkan jalan utama di sekitar Pelabuhan Klang dan Jeti Pulau Ketam dinaiki air pada awal pagi pada Jumaat.

Limpahan air bermula jam 4.55 pagi tadi dan mengalir di sepanjang Jalan Syahbandar bermula dari Terminal Penumpang South Port ke Stesen Komuter Pelabuhan Klang.

Air pasang besar melanda Pelabuhan Klang selama dua hari bermula sejak Khamis.
Air pasang besar melanda Pelabuhan Klang selama dua hari bermula sejak Khamis.

Bagaimanapun, limpahan air pasang besar itu mulai menunjukkan trend menurun bermula sejak jam 6.55 pagi dan surut sepenuhnya sekitar jam 8 pagi ini.

Seorang pemilik perkhidmatan bot di jeti tersebut, Alex Ng Sue Long berkata, air pasang besar hari ini tidak menggangu jadual operasi feri ke Pulau Ketam.

Fenomena air laut pasang besar menyebabkan jalan utama di sekitar Pelabuhan Klang dan Jeti Pulau Ketam dilimpahi air.
Fenomena air laut pasang besar menyebabkan jalan utama di sekitar Pelabuhan Klang dan Jeti Pulau Ketam dilimpahi air.

“Semalam naik dan juga melimpah sehingga ke jalan raya, tetapi hari ini naik lebih tinggi dan pada jam 7.30 pagi air sudah mula surut dan dijangka surut sepenuhnya pada jam 8.

“Bagaimanapun operasi feri bagi perjalanan ke Pulau Ketam tetap berjalan seperti biasa,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, seorang peniaga kedai makan berdekatan jeti, Abdul Rahman Ahmad memaklumkan perniagaannya bermula lewat apabila limpahan air masuk ke premisnya.

Keadaan jalan utama berhampiran Balai Polis Pelabuhan Klang pada Jumaat.
Keadaan jalan utama berhampiran Balai Polis Pelabuhan Klang pada Jumaat.

“Tak boleh buka kedai awal hari ini, kita tunggu air surut dulu mungkin dalam jam 8 atau 9 pagi sudah boleh buka," ujarnya.

Sementara itu, pentadbir laman Facebook Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) turut berkongsi maklumat secara langsung mengenai keadaan semasa di beberapa lokasi air pasang besar.

"Air mula melimpah sekitar jam 4.55 pagi di beberapa kawasan sekitar Pelabuhan Klang dan mulai surut selepas sejam dan terus menunjukkan trend menurun.

"Antara kawasan yang perlu dibaik pulih dan terjejas ialah taska dan surau di Balai Polis Pelabuhan Klang kerana kawasan ini lebih rendah," ujarnya.

Tambahnya, orang ramai diminta untuk merujuk kepada info pihak berkuasa tempatan bagi mengetahui perkembangan semasa mengenai fenomena air pasang besar.

@sinarharianonline

Fenomena air laut pasang besar menyebabkan jalan utama di sekitar Pelabuhan Klang dan Jeti Pulau Ketam dinaiki air pada awal pagi pada Jumaat. Limpahan air bermula jam 4.55 pagi tadi dan mengalir di sepanjang Jalan Syahbandar bermula dari Terminal Penumpang South Port ke Stesen Komuter Pelabuhan Klang. #SinarHarian #SinarTerkini #VideoViral #AirPasang #PelabuhanKlang

original sound - Sinar Harian

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!