Hormati perubahan cuti hujung minggu Johor - ABIM

Farhan
Farhan
A
A
A

JOHOR BAHRU – Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Johor menggesa semua pihak agar menghormati perubahan cuti hujung minggu negeri tersebut daripada Jumaat, Sabtu kepada Sabtu dan Ahad yang akan dilaksanakan mulai 1 Januari 2025.

Yang Dipertuanya, Farhan Ashari berkata, perubahan berkenaan pastinya telah diteliti bersama pihak kerajaan negeri selain turut mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

“Sebagai umat Islam yang memahami tuntutanNya, kita mestilah memahami bahawa ALLAH SWT menyeru supay keluar pada hari Jumaat bagi menyelesaikan urusan masing-masing.

“Sebagaimana firmat ALLAH SWT dalam surah Al Jumuah, ayat ke-10 yang bermaksud, kemudian, setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi, dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia ALLAH, serta ingatlah akan ALLAH banyak-banyak supaya kamu berjaya.

“Lagi pun, bekerja pada hari Jumaat bukan perkara baharu bagi Bangsa Johor kerana sebelum 2015, cuti hujung minggu adalah pada Sabtu dan Ahad,” katanya.

Farhan berkata demikian mengenai titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berhubung perubahan cuti hujung minggu negeri berkenaan, baru-baru ini.

Sementara itu, Farhan berkata, pihak ABIM turut mencadangkan tiga perkara yang boleh dilaksanakan pada Jumaat iaitu memperkasakan semula Program Semarak Al-Quran di setiap jabatan dan agensi kerajaan dan swasta seperti yang termaktub dala Fasal 57 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor.

Malah katanya, pihak berkuasa dan pentadbir jabatan, institusi dan agensi kerajaan serta swasta diminta agar membeirkan masa yang munasabah untuk pekerja lelaki menunaikan solat Jumaat termasuk waktu rehat dan makan tengahari.

Artikel Berkaitan:

“Justeru, bagi menyantuni kesemua bangsa Johor yang berbilang agama, bangsa dan kaum, dicadang agar kerajaan negeri dapat memperuntukkan program khas berbentuk perpaduan, keharmonian dan budaya damai kepada warga bukan Islam termasuk wanita pada waktu teesebut," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!