Lelaki acu pistol bengang ditegur merokok di medan selera

Tangkap layar video tular menunjukkan seorang lelaki mengacukan objek menyerupai pistol akibat salah faham di sebuah medan selera di Puchong, Selangor pada Ahad.
Tangkap layar video tular menunjukkan seorang lelaki mengacukan objek menyerupai pistol akibat salah faham di sebuah medan selera di Puchong, Selangor pada Ahad.
A
A
A

SERDANG - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menangkap dua lelaki tempatan dan seorang wanita susulan video tular seorang lelaki menunjukkan objek menyerupai pistol di sebuah medan selera di Puchong, Selangor.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, pihaknya mengesan video tular berdurasi 26 saat memaparkan seorang lelaki menunjukkan objek menyerupai pistol dalam satu insiden pertengkaran.

Beliau berkata, pihaknya ada menerima satu laporan berhubung kejadian itu pada Khamis menyatakan insiden tersebut berlaku pada Ahad sekitar jam 10 malam.

"Dalam kejadian itu, pengadu telah menegur seorang lelaki supaya tidak merokok di dalam kawasan medan selera.

"Ekoran teguran itu, berlaku salah faham antara kedua-duanya dan secara tiba-tiba, lelaki tersebut telah mengacu sesuatu objek yang menyerupai pistol ke arah perut pengadu.

"Selepas melakukan perbuatan itu, lelaki tersebut terus beredar dari lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Anbalagan berkata, pengadu telah membuat laporan polis bagi keselamatan diri dan keluarga.

Bertindak atas maklumat, kata beliau, pihaknya telah menahan dua lelaki tempatan dan seorang wanita pemegang kad pemastautin tetap.

Artikel Berkaitan:

Jelas beliau, hasil semakan rekod lampau mendapati salah seorang daripada suspek mempunyai satu rekod jenayah narkotik, manakala dua suspek lagi tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

Ekoran penahanan itu, beliau berkata, pihak polis berjaya membuat rampasan objek menyerupai sepucuk pistol berwarna hitam bersama satu kelopak dan dua butir peluru (bebola putih).

Menurutnya, satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 36 Akta Senjata Api 1960.

Beliau berkata, orang ramai diminta untuk tidak membuat sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan kegusaran awam.

"Mereka yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian ini diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang di talian 03-80742222 bagi membantu siasatan," ujarnya.

@sinarharianonline Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menangkap dua lelaki tempatan dan seorang wanita susulan video tular seorang lelaki menunjukkan objek menyerupai pistol di sebuah medan selera di Puchong, Selangor. Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, pihaknya ada menerima satu laporan berhubung kejadian itu pada Khamis menyatakan insiden tersebut berlaku pada Ahad sekitar jam 10 malam dan pengadu telah menegur seorang lelaki supaya tidak merokok di dalam kawasan medan selera. Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara. #SinarHarian#SinarTerkini#Lelaki #Pistol #Merokok#MedanSelera#Puchong#VideoViral original sound - Sinar Harian

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!