LZS kesan 25 asnaf baharu di Sijangkang

Seramai 25 asnaf baharu dikesan Lembaga Zakat Selangor (LZS) menerusi program jejak asnaf, fakir dan miskin di Kampung Sijangkang di sini.
Seramai 25 asnaf baharu dikesan Lembaga Zakat Selangor (LZS) menerusi program jejak asnaf, fakir dan miskin di Kampung Sijangkang di sini.
A
A
A

KUALA LANGAT - Seramai 25 asnaf baharu dikesan Lembaga Zakat Selangor (LZS) menerusi program jejak asnaf, fakir dan miskin di Kampung Sijangkang di sini.

LZS dalam satu kenyataan memaklumkan, program bagi mengenal pasti calon asnaf baharu itu dilaksanakan di Masjid Jamiatul Ehsani dengan kehadiran seramai 36 pemohon.

"Prospek asnaf baharu yang hadir adalah seramai 36 orang terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan latar belakang keluarga.

"Daripada jumlah itu, seramai hampir 25 pemohon baharu layak didaftarkan sebagai asnaf, fakir dan miskin zakat Selangor," menurut LZS menerusi kenyataan itu di laman Facebooknya.

Dalam pada itu, kakitangan LZS turut menyempurnakan solat jenazah salah seorang ahli kariah yang meninggal dunia ketika berada di Masjid Jamiatul Ehsani di kampung berkenaan.

"Kami akan terus komited dalam menyantuni insan yang memerlukan.

"Semakan dari semasa ke semasa akan dijalankan dengan kerjasama semua pihak," tambah kenyataan.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!