SPRM teliti isu tatakelola kes 1BestariNet

AZAM
AZAM
A
A
A

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu meneliti beberapa isu tatakelola dalam pemberian tender melibatkan projek 1BestariNet sebelum memanggil Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa pihak lain.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya akan memanggil mana-mana pihak termasuk Muhyiddin.

Menurutnya, pegawai penyiasat kini sedang melihat secara rawak tentang pembekalan data yang diberikan oleh syarikat berkenaan kepada pihak sekolah.

“Beliau (Muhyiddin) akan dipanggil dengan mana-mana pihak lain, namun belum buat masa ini lagi.

“Jadi, kita perlu mengkaji dengan teliti. Dalam kes 1BestariNet, saya ulang sekali lagi bukan sahaja kita melihat dari segi isu jenayah di sini tetapi juga pelbagai isu berkaitan tatakelola dalam pemberian tender berkenaan kepada syarikat terbabit,” katanya dalam sidang akhbar Majlis Menandatangani Laporan Penambahbaikan Tatakelola di Antara SPRM bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di sini pada Jumaat.

Azam (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perkeso, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed semasa Majlis Menandatangi Laporan Penambahbaikan Tatakelola di Antara SPRM bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Kuala Lumpur pada Jumaat.
Azam (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perkeso, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed semasa Majlis Menandatangi Laporan Penambahbaikan Tatakelola di Antara SPRM bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Kuala Lumpur pada Jumaat.

9 Oktober lalu, media melaporkan SPRM sedang mempertimbangkan untuk memanggil bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid bagi membantu siasatan kes 1BestariNet.

Difahamkan, nama Mahdzir adalah antara dalam senarai penyiasat selain Muhyiddin yang juga merupakan bekas Menteri Pendidikan.

Artikel Berkaitan:

SPRM sebelum ini memulakan siasatan ke atas tuntutan bayaran bagi tender perkhidmatan 1BestariNet bernilai RM4 bilion yang dianugerahkan kepada YTL pada 2011.

Pada 2011, kerajaan memulakan projek 1BestariNet dengan matlamat menyediakan akses internet berkelajuan tinggi kepada 10,000 sekolah di negara ini dan melaksanakan Pelantar Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE).

Kementerian Pendidikan menganugerahkan kontrak selama 15 tahun bernilai RM4.1 bilion kepada YTL Communications Sdn Bhd (Yes 4G) bagi pelaksanaan projek itu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!