Hilang sejak Isnin, di mana Kamal Chandik?

Kamal
Kamal
A
A
A

ROMPIN - Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang lelaki Orang Asli yang dilaporkan hilang sejak Isnin.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintenden Nor Azman Yusof berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan, Kamal Chandik, 27, pada Rabu.

Menurutnya, lokasi terakhir lelaki itu dilihat di Kampung Rantau Panjang, Kedaik Asal di sini memakai baju berwarna oren kekuningan dan berseluar hitam.

"Lelaki terbabit berjalan kaki dan menggalas beg berwarna hitam serta membawa sebilah pahat getah.

"Berdasarkan maklumat fizikal, lelaki itu memiliki ketinggian166 sentimeter, berambut kerinting, hidung lebar dan bertubuh sederhana," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Nor Azman berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai lelaki berkenaan diminta tampil ke mana-mana balai polis berdekatan.

Jelasnya, mereka juga boleh menghubungi Pusat Kawalan Daerah (PKD) Ibu Pejabat Polis Daerah Rompin ditalian 09-4145999.

Artikel Berkaitan:

A post shared by Sinar Harian (@sinarharian)

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!