Ambulans bawa wanita hendak bersalin rempuh lembu

Seorang wanita yang hendak bersalin bersama doktor berdepan detik cemas selepas ambulans dinaiki mereka merempuh seekor lembu yang melintas secara tiba-tiba di kilometer 30 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, Gua Musang pada Jumaat.

A
A
A

GUA MUSANG - Seorang wanita yang hendak bersalin bersama doktor berdepan detik cemas selepas ambulans dinaiki mereka merempuh seekor lembu yang melintas secara tiba-tiba di kilometer 30 Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini pada Jumaat.

Kejadian jam 4 pagi itu berlaku semasa ambulans tersebut dalam perjalanan dari Hospital Gua Musang menghala ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, setiba di lokasi kejadian seekor lembu secara tiba-tiba telah melintas jalan dan melompat ke arah ambulans terbabit.

"Disebabkan jarak yang terlalu dekat, pemandu ambulans tersebut tidak sempat mengelak lalu melanggar haiwan berkenaan.

"Bagaimanapun, pemandu, doktor dan pesakit di dalam ambulans terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam satu kenyataan.

Kejadian jam 4 pagi itu berlaku semasa ambulans tersebut dalam perjalanan dari Hospital Gua Musang menghala ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai.
Kejadian jam 4 pagi itu berlaku semasa ambulans tersebut dalam perjalanan dari Hospital Gua Musang menghala ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai.

Menurut beliau, pesakit yang hendak bersalin itu telah selamat dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra dengan ambulans bantuan dari Hospital Gua Musang dengan kadar segera sejurus kemalangan berlaku.

Ujarnya, kes disiasat bawah Kaedah 10 LN 166/59 (Kaedah Lalulintas 1959) kerana gagal kawal kenderaan namun begitu siasatan lanjut masih dijalankan

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian terbabit diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang di talian 09-9121222.

Choon Foo meminta orang ramai sentiasa berhati-hati semasa memandu terutama pada malam hari di mana keadaan jalan gelap tanpa lampu jalan.

"Pemilik haiwan akan dikenakan tindakan undang-undang sekiranya ternakan mereka dibiarkan berkeliaran dan menyebabkan kemalangan di jalan raya.

"Mengikut Seksyen 289 Kanun Keseksaan iaitu kecuaian dalam menguruskan haiwan, memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda tidak lebih RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!