Persediaan menghadapi Monsun Timur Laut

A
A
A
PEGAWAI dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang menjalankan ujian aset dan kelengkapan marin sebagai persediaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang diramalkan berlaku pada bulan depan ketika tinjauan di Sungai Kuantan hari ini.

Ujian berkenaan yang dijalankan selama dua jam melibatkan enam bot serta kelengkapan marin yang dikendalikan pegawai dan anggota JBPM dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan, Indera Mahkota, Gebeng dan Taman Tas.

Penolong Pengarah Operasi JBPM Pahang, Ismail Abdul Ghani yang mengetuai ujian tersebut ketika ditemui berkata, 99 peratus aset dan kelengkapan marin JBPM Pahang dalam keadaan baik selepas diuji dan JBPM Pahang telah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan semasa MTL akan datang.
Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Perbarisan Kawalan Kehormatan

No Image Caption
GALERI

Hari Perikanan Sedunia

No Image Caption
GALERI

Rumah Rakit