Raja Shahrul Zaman dilapor hilang, motosikal ditemui di tepi Lebuhraya Persekutuan

Raja Shahrul Zaman, 43, dilaporkan hilang sejak 24 jam lepas selepas hanya motosikalnya ditemui di bahu jalan Lebuhraya Persekutuan.
Raja Shahrul Zaman, 43, dilaporkan hilang sejak 24 jam lepas selepas hanya motosikalnya ditemui di bahu jalan Lebuhraya Persekutuan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki, Raja Shahrul Zaman Raja Kamaredzuan, 43, dilaporkan hilang selepas hanya motosikal dan dompetnya ditemui di tepi jalan persisiran keluar Kelana Jaya, Lebuhraya Persekutuan, menuju ke Shah Alam.

Ahli keluarganya dalam satu kenyataan berkata, dia dilapor hilang lebih 24 jam lalu dan tidak membawa sebarang dokumen pengenalan diri berikutan semuanya ditemui berada dalam motosikalnya.

Raja Shahrul Zaman mempunyai warna kulit yang cerah, berketinggian 175 sentimeter dan berat badan sekitar 85 kilogram. Kali terakhir dia berhubung dengan keluarganya ialah pada jam 5.53 pagi Khamis.

Dia kali terakhir dilihat memakai T-shirt hitam, berseluar jeans biru, memakai kaca mata dan helmet berwarna kuning, manakala motosikal yang dinaikinya adalah Yamaha Xmax berwarna kuning dan hitam.

Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang individu tersebut diminta menghubungi Imran Safiee di talian 017 4673825, atau boleh terus berhubung dengan Balai Polis Jelutong di talian +603-5031 9007. - Awani

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!