Budak enam tahun parah jatuh dari tingkat enam pangsapuri

Kanak-kanak lelaki yang parah selepas terjatuh dari tingkat enam rumahnya di sebuah pangsapuri di Seri Iskandar pada Rabu kini dilaporkan stabil dan menerima rawatan lanjut di PICU, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh. Gambar kecil: Hafezul Helmi
Kanak-kanak lelaki yang parah selepas terjatuh dari tingkat enam rumahnya di sebuah pangsapuri di Seri Iskandar pada Rabu kini dilaporkan stabil dan menerima rawatan lanjut di PICU, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh. Gambar kecil: Hafezul Helmi
A
A
A

PARIT - Seorang kanak-kanak lelaki parah selepas terjatuh dari tingkat enam rumahnya di sebuah pangsapuri di Seri Iskandar pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Hafezul Helmi Hamzah berkata, maklumat kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 10.50 malam sebelum mangsa berusia enam tahun itu dihantar mendapatkan rawatan ke Hospital Changkat Melintang.

"Semasa kejadian mangsa tinggal di rumah bersama kakaknya berusia 12 tahun dan adik perempuan berusia dua tahun manakala ibu mereka berada di tempat kerja.

"Mangsa dipercayai terjatuh semasa memanjat balkoni untuk bermain bersama kawan-kawan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Menurut beliau, mangsa kini dilaporkan stabil dan menerima rawatan lanjut di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU), Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Aminuddin Haiqal Mohamed Masnani di talian 019-6751267 bagi membantu siasatan.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!