Lelaki OKU jaga ibu berusia 90 tahun

Kumpulan Operasi Agihan Daerah Sepang ketika mengunjungi keluarga Azman (kanan).
Kumpulan Operasi Agihan Daerah Sepang ketika mengunjungi keluarga Azman (kanan).
A
A
A

SEPANG - [DIKEMAS KINI] Seorang lelaki kurang upaya (OKU) fizikal tidak menjadikan kekurangan dirinya itu sebagai halangan untuk menjaga ibunya yang berusia lebih 90 tahun.

Dikenali sebagai Azman, lelaki berusia 53 tahun itu juga mengusahakan bengkel motosikal di rumahnya bagi menampung perbelanjaan diri dan ibunya.

Perkongsian itu didedahkan Kumpulan Operasi Agihan Daerah Sepang dalam satu hantaran di laman Facebook Lembaga Zakat Selangor selepas mengunjungi keluarga lelaki terbabit.

Walaupun berkerusi roda, Azman masih mampu mengusahakan bengkel motosikal di rumahnya bagi menampung perbelanjaan diri dan ibunya.
Walaupun berkerusi roda, Azman masih mampu mengusahakan bengkel motosikal di rumahnya bagi menampung perbelanjaan diri dan ibunya.

"Walaupun berkerusi roda, beliau tetap menjalankan tanggungjawab menjaga ibunya berusia lebih 90 tahun yang kaki kanannya turut dipotong akibat penyakit kencing manis.

"Namun begitu, Azman tetap berusaha membuka bengkel motor di rumahnya sebagai pendapatan tambahan bagi menyara kehidupan bersama ibunya," menurut perkongsian itu pada Jumaat.

Kumpulan Operasi Agihan Daerah Sepang kagum atas inisiatif Azman yang tidak menjadikan ketidaksempurnaan fizikal sebagai penghalang untuk terus berusaha.

Artikel Berkaitan:

"Setelah mendengar masalah dan keadaan kehidupan beliau, Zakat Sepang mencadangkan beberapa bantuan sesuai dan segera bagi membantu Azman dan ibunya.

"Berdasarkan hasil siasatan kami, beliau layak didaftarkan golongan asnaf miskin. Buat masa ini, dia hanya bergantung bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

"Alhamdulillah, terima kasih buat semua pengeluar zakat. Ayuh teruskan berzakat bersama kami di https://fpx.zakatselangor.com.my/," menurut perkongsian itu di laman Facebook LZS.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!