Belanjawan 2025: Kutipan hasil meningkat, RM340 bilion diunjur tahun depan

Anwar
Anwar
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kutipan hasil pada tahun ini diunjur lebih tinggi iaitu sebanyak RM322 bilion berbanding RM308 bilion.

Sehubungan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan menjangkakan kutipan hasil tahun hadapan akan terus diunjur lebih tinggi iaitu sebanyak RM340 bilion.

"Kita bersyukur peningkatan hasil yang nyata. Kendatipun begitu, asas hasil masih rendah, malah antara terendah sementara perbelanjaan subsidi memuncak ke paras tertinggi di rantau Asia. Untuk menangani kemelut ini, asas hasil perlu diperluas.

"Cukai yang dipungut masih antara terendah yakni 12.6 peratus kepada KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) pada 2023 ketimbang negara tetangga seperti Thailand (16.1 peratus), Filipina (14.1 peratus) dan Singapura (13.7 peratus)," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2025 Malaysia Madani di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Tambah beliau, negara menanggung subsidi, insentif dan bantuan mencecah RM80 bilion tahun lalu yang turut dinikmati golongan kaya dan warga asing.

"Arakian, reformasi fiskal tahun hadapan akan lebih agresif mencakup peluasan hasil cukai secara progresif dan penyasaran subsidi hanya kepada majoriti rakyat yang memerlukan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!