Belanjawan 2025: Jumlah hutang baharu negara kian menurun

Anwar membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2025 di Dewan Rakyat, hari ini. Foto Bernama
Anwar membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2025 di Dewan Rakyat, hari ini. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Jumlah hutang baharu negara dijangka kian menurun kepada RM85 bilion pada tahun 2024 dan diunjurkan terus berkurang ke RM80 bilion pada 2025.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia menurun daripada sekitar RM100 bilion pada 2022 kepada lebih RM90 bilion pada 2023 hasil langkah-langkah tegas dan berperingkat yang diambil kerajaan bagi mengurangkan kadar defisit secara konsisten.

“Hutang akan terus meningkat selagi tidak dikurangkan defisit. Maka, langkah-langkah tegas dan berperingkat telah diambil oleh kerajaan bagi mengurangkan kadar defisit secara konsisten iaitu daripada 5.5 peratus pada 2022 kepada lima peratus (2023) seterusnya anggaran 4.3 peratus (2024) dan unjuran 3.8 peratus (2025).

“Atau dengan erti kata lain, jumlah hutang baharu yang kian menurun,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2025 Malaysia Madani di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Beliau berkata, apa yang lebih bermakna negara dapat dikurangkan kadar defisit dan pinjaman baharu secara berperingkat setiap tahun yang membolehkan Malaysia mencapai sasaran jangka sederhana Akta Tanggungjawab Fiskal (FRA) iaitu defisit fiskal pada kadar tiga peratus dan paras hutang di bawah 60 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!