Belanjawan 2025 berjumlah RM421 bilion, tertinggi pernah dibentangkan

Anwar ketika membentangkan Belanjawan 2025 Malaysia Madani di Dewan Rakyat pada Jumaat.
Anwar ketika membentangkan Belanjawan 2025 Malaysia Madani di Dewan Rakyat pada Jumaat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Belanjawan 2025 adalah tertinggi yang pernah diumumkan iaitu RM421 bilion meliputi RM335 bilion belanja mengurus, RM86 bilion untuk pembangunan dan tidak termasuk RM2 billion simpanan luar jangka.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan terus mengekalkan belanjawan mengembang meskipun bertekad mengurangkan defisit fiskal secara berperingkat.

“Selain peruntukan pembangunan oleh kerajaan, projek secara usaha sama awam-swasta (PFI) bernilai RM9 bilion termasuk syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) menambah dari segi peruntukan pembangunan RM25 bilion,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2025 Malaysia Madani di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan memaklumkan keseluruhan pelaburan awam untuk pembangunan tahun 2025 akan meningkat tinggi kepada RM120 bilion.

“Tertinggi (nilai keseluruhan pelaburan awam untuk pembangunan) dalam sejarah,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!