Dua nelayan melecur bot meletup, terbakar

Dua nelayan melecur dengan seorang daripadanya hingga 90 peratus selepas bot gentian yang diperiksa untuk turun ke laut meletup dan terbakar di pelantar ikan di Kampung Tanah Baru, Kuala Perlis, malam tadi.
Dua nelayan melecur dengan seorang daripadanya hingga 90 peratus selepas bot gentian yang diperiksa untuk turun ke laut meletup dan terbakar di pelantar ikan di Kampung Tanah Baru, Kuala Perlis, malam tadi.
A
A
A

KANGAR - Dua nelayan melecur dengan seorang daripadanya hingga 90 peratus selepas bot gentian yang diperiksa untuk turun ke laut meletup dan terbakar di pelantar ikan di Kampung Tanah Baru, Kuala Perlis, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, pihaknya menerima laporan kejadian menimpa Mohamad Bakri Idham, 54, dan Nur Azman Sabu, 45, pada jam 11.55 malam.

Beliau berkata, Mohamad Bakri yang melecur hingga 90 peratus dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini manakala Nur Azman yang melecur 45 peratus turut dirawat di hospital sama, dilaporkan stabil.

"Sebelum bertolak ke laut, mangsa melakukan pemeriksaan termasuk terhadap minyak, bateri dan kelengkapan lain pada bot, namun apabila mangsa membuka penutup ruangan tempat simpan bateri, tiba-tiba berlaku letupan sehingga mengakibatkan kebakaran pada bot itu.

"Api telah menyambar kedua-dua mangsa namun mereka sempat diselamatkan oleh orang kampung yang turut berada di kawasan itu," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis, Penguasa Kanan Bomba I Mohd Zaidi Ma’at berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian pada jam 11.56 malam.

Beliau berkata, kebakaran berjaya dikawal pada jam 12.37 tengah malam manakala operasi pemadaman tamat pada jam 12.50 tengah malam.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!