Kereta api bawa bahan api tergelincir di Sri Lanka selepas bertembung gajah

Sebuah kereta api yang mengangkut bahan api tergelincir di Wilayah Tengah Utara Sri Lanka selepas bertembung dengan sekumpulan gajah liar di landasan kereta api.
Sebuah kereta api yang mengangkut bahan api tergelincir di Wilayah Tengah Utara Sri Lanka selepas bertembung dengan sekumpulan gajah liar di landasan kereta api.
A
A
A

COLOMBO - Sebuah kereta api yang mengangkut bahan api tergelincir di Wilayah Tengah Utara Sri Lanka selepas bertembung dengan sekumpulan gajah liar di landasan kereta api, menurut Jabatan Kereta Api, lapor Xinhua.

Nahas itu berlaku kira-kira jam 3.30 pagi waktu tempatan pada Jumaat ketika kereta api itu dalam perjalanan dari Terminal Penyimpanan Petroleum Kolonnawa di Colombo ke Batticaloa di Wilayah Timur.

Menurut Jabatan Kereta Api, empat gerabak tangki bahan api tergelincir akibat pelanggaran itu, menyebabkan kerosakan besar pada landasan kereta api.

Dua gajah mati dan beberapa ekor yang lain cedera parah dalam kemalangan itu, menurut laporan media tempatan.

Perkhidmatan kereta api di laluan utama Colombo-Batticaloa digantung buat sementara waktu kerana kerosakan itu. - Bernama/Xinhua

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!