Belanjawan 2025 - Nilai ambang levi keuntungan luar biasa buah sawit dinaikkan

Kerajaan bercadang menaikkan nilai ambang berkenaan levi keuntungan luar biasa terhadap buah kelapa sawit bagi Semenanjung Malaysia kepada RM3,150. Gambar hiasan
Kerajaan bercadang menaikkan nilai ambang berkenaan levi keuntungan luar biasa terhadap buah kelapa sawit bagi Semenanjung Malaysia kepada RM3,150. Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan bercadang menaikkan nilai ambang berkenaan levi keuntungan luar biasa terhadap buah kelapa sawit bagi Semenanjung Malaysia kepada RM3,150.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia turut dinaikkan kepada RM3,650 bagi Sabah dan Sarawak.

“Struktur julat harga pasaran dan kadar duti eksport minyak sawit mentah disemak semula mulai 1 November ini.

“Layanan semasa bagi eksport minyak sawit mentah dari Sabah dan Sarawak juga akan dikekalkan,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2025 Malaysia Madani di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, bagi memperkukuhkan sektor sawit negara, kerajaan turut memperuntukkan sebanyak RM100 juta.

Katanya, insentif galakan itu untuk menanam semula sawit juga diteruskan bagi menggantikan sawit tua yang tidak lagi produktif.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!