KPKM terima peruntukan RM300 juta dalam Belanjawan 2025

Anwar ketika membentangkan Belanjawan 2025 Malaysia Madani di Dewan Rakyat pada Jumaat. Foto Bernama
Anwar ketika membentangkan Belanjawan 2025 Malaysia Madani di Dewan Rakyat pada Jumaat. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menerima peruntukkan sebanyak RM300 juta bagi tujuan menjalin kerjasama projek pertanian dengan kerajaan negeri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dalam belanjawan kali ini, kerajaan menambah sebanyak RM150 juta kepada kementerian berkenaan ekoran kesungguhan yang ditonjolkan.

“Antara kelemahan ketara sekarang, kerana kita terlalu bergantung kepada import makanan walhal tanah subur dan kemampuan meningkatkan keterjaminan makanan negara.

“Kita ucap tahniah kerana kesungguhan kementerian dalam bidang ini maka ditambah RM300 juta bagi menjalin kerjasama projek pertanian dengan kerajaan negeri, menokok ketimbang RM150 juta tahun ini.

“Ini termasuklah pengeluar bawang di Perak, ternakan tilapia merah di Pahang dan peningkatan hasil padi di Negeri Sembilan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2025 Malaysia Madani di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Anwar yang juga Menteri Kewangan turut memaklumkan, kerajaan bersama badan swasta akan memanfaat hampir 3,561 hektar tanah terbiar milik lembaga kemajuan wilayah dan agensi rangkaian.

Jelasnya, ia bertujuan untuk melaksanakan projek pertanian seperti perusahaan ayam organik dan lembu.

Artikel Berkaitan:


20 hektar projek Bandar Malaysia diperuntuk tanah rizab Melayu

Buat pertama kalinya dalam sejarah Kerajaan Madani bersetuju supaya 20.2 hektar daripada pembangunan projek strategik Bandar Malaysia diperuntukkan sebagai tanah rizab Melayu.

Perdana Menteri berkata, langkah itu hanya permulaan dalam mengenal pasti tanah-tanah kerajaan yang sesuai bagi memastikan aspek pembangunan turut tidak mengabaikan keseimbangan sosioekonomi jangka panjang di kawasan bandar.

“Permodalan Nasional Bhd (PNB) dan Pelaburan Hartanah Bhd (PHB) akan terus meningkatkan kerjasama membangun tanah rizab Melayu dalam projek perumahan mampu milik, penginapan pelajar dan pembangunan komersial,” katanya.


Belanjawan 2025: KPM terima peruntukan RM64.1 bilion, tertinggi dalam sejarah

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerima peruntukan tertinggi dalam sejarah belanjawan negara iaitu sebanyak RM64.1 bilion.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dana berkenaan akan digunakan untuk membaiki ruang pembelajaran selesa dan selamat untuk anak-anak menimba ilmu.

“Sebanyak RM2 bilion disediakan untuk projek naik taraf dan penyelenggaraan sekolah seluruh negara dan RM1 bilion khusus menyelenggara semua jenis sekolah terutamanya keadaan bilik darjah yang uzur.

“Ini termasuklah di sekolah kebangsaan, sekolah Cina, sekolah Tamil, sekolah agama, sekolah dalam kem tentera dan sekolah pendidikan khas orang kurang upaya (OKU).

“Sementara itu, RM1 billion (diperuntukkan) naik taraf prasarana daif di 543 buah sekolah terutamanya di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2025 Malaysia Madani di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Bagi memastikan capaian internet di sekolah desa dan pedalaman, Anwar yang juga Menteri Kewangan memaklumkan, kerajaan bersetuju melaksanakan Program Ketersambungan Infrastruktur Jalur Lebar Talian Tetap ke Sekolah-sekolah Luar Bandar dengan peruntukan RM100 juta.

Tambah beliau, Projek Point of Presence (POP) sedia ada juga diteruskan dengan peruntukan RM800 juta.

Sementara itu, Anwar berkata, lebih 8,300 sekolah berjaya dibaik pulih tandasnya dalam tempoh yang singkat dan perkara tersebut berhasil disebabkan kesungguhan semua.

“Tumpuan sekarang adalah membaik pulih kemudahan lain seperti kantin dan surau serta kemudahan-kemudahan asas dengan peruntukan RM100 juta.

“Hanya ketinggian ilmu yang dapat mengeluarkan rakyat dari kepompong kedaifan hidup melarat. 17 jenis bantuan pendidikan terus disediakan dengan peruntukan RM5.3 bilion,” ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!