Belanjawan 2025: Kerajaan cadang wajib pekerja bukan warganegara carum KWSP

Kerajaan bercadang mewajibkan semua pekerja bukan warganegara mencarum dalam KWSP. Gambar hiasan
Kerajaan bercadang mewajibkan semua pekerja bukan warganegara mencarum dalam KWSP. Gambar hiasan
A
A
A
KUALA LUMPUR - Kerajaan bercadang untuk mewajibkan semua pekerja bukan warganegara mencarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cadangan itu akan dilaksanakan secara berfasa.

Menurutnya, layanan adil kepada semua pekerja tanpa mengira kewarganegaraan akan diberikan sesuai dengan piawaian antarabangsa.

"Selain itu, ke arah negara menua, KWSP sedang mengkaji semula skimnya bagi memperkukuh pendekatan pemindahan antara generasi iaitu sebahagian simpanan ahli boleh dipindahkan terus ke dalam akaun keluarga terdekat.

"Kerajaan juga bercadang untuk melanjutkan pelepasan cukai pendapatan individu ke atas caruman dalam Skim Persaraan Swasta dan bayaran premium anuiti tertangguh sehingga tahun taksiran 2030," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2025 Malaysia Madani di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Dalam masa sama, Anwar yang juga Menteri Kewangan memberitahu, Program i-Suri diteruskan secara insentif padanan melalui caruman kerajaan dan secara aktif daripada pencarum.

Jelasnya, Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri akan menanggung sehingga 70 peratus caruman pekerja dengan peruntukan RM100 juta.

"Program insurans sosial iaitu Skim Perlindungan Tenang diteruskan dengan kerjasama Bank Negara, industri insurans dan takaful untuk manfaat sehingga dua juta penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

"Mereka layak menuntut baucar RM30 untuk membiayai sebahagian daripada kos membeli produk perlindungan Tenang yang menawarkan perlindungan akibat kematian, kemalangan diri dan risiko am seperti kebakaran serta banjir," jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!