Belanjawan 2005: RM50 juta untuk giat aktiviti bahasa, kesusasteraan

Kerajaan memperuntukkan RM50 juta kepada DBP untuk mempergiat aktiviti bahasa dan kesusasteraan khususnya dalam kalangan generasi muda.
Kerajaan memperuntukkan RM50 juta kepada DBP untuk mempergiat aktiviti bahasa dan kesusasteraan khususnya dalam kalangan generasi muda.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Kerajaan memperuntukkan RM50 juta kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk bekerjasama dengan penggiat bahasa untuk mempergiat aktiviti bahasa dan kesusasteraan khususnya dalam kalangan generasi muda.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia termasuk mengalih bahasa karya-karya agung, penganjuran teater dan memelihara bahasa kaum minoriti seperti etnik Siam.

“Saya selalu tekankan dalam Gelombang Kebangkitan Asia bahawa pembangunan ekonomi harus seiring dengan pembangunan budaya dan nilai.

“Khazanah bahasa dan sastera perlu terus dipertahankan agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2025 Malaysia Madani di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Tambah Anwar yang juga Menteri Kewangan, peruntukan Dana Kandungan Digital ditingkatkan kepada RM65 juta bagi mempromosikan karya-karya yang berteraskan semangat kenegaraan.

Ujarnya, hampir RM40 juta turut disediakan di bawah Insentif Filem di Malaysia (FIMI) bagi menyokong penerbitan filem antarabangsa di negara ini.

“Program Belia Kreatif Madani akan dianjurkan bagi menarik hampir 16,000 anak muda yang menceburi bidang seni dengan peruntukan RM30 juta,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!