Belanjawan 2025: Jakim terima RM2 bilion perkasa institusi pendidikan Islam

Kuota guru KAFA ditambah 1,500 orang dalam memperkasa institusi pendidikan Islam di negara ini
Kuota guru KAFA ditambah 1,500 orang dalam memperkasa institusi pendidikan Islam di negara ini
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan menyalurkan peruntukan hal ehwal Islam khususnya kepada kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebanyak RM2 bilion.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, insentif berkenaan disalurkan bagi tujuan memperkasa institusi pendidikan Islam di negara ini.

“RM150 juta ringgit (disalurkan) bagi menyelenggara prasarana pendidikan Islam Jakim termasuk sekolah pondok, sekolah tahfiz dan sekolah agama rakyat dan kuota guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) sebanyak 1,500 orang (ditambah).

“Kemudian membantu penuntut di Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS), Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS) dan Darul Quran Jakim, kerajaan bersetuju meningkatkan kadar wang saku penuntut sebanyak RM100,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2025 Malaysia Madani di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan turut mengulas mengenai insiden membakar al-Quran di Sweden dan penentangan terhadap Islam adalah kerana sifat kejahilan yang menebal.

“Bagi menyemai kesedaran ini, kerajaan telah luncurkan wakaf Al-quran dan sebahagian besar telah diedarkan termasuk dalam bahasa Kemboja, Thailand, Mandarin, Sweden, Sepanyol.

“Baru-baru ini diluncurkan secara besar-besaran dengan kerjasama Yayasan Restu di United Kingdom,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!