Anggaran Belanjawan 2025 tertinggi pernah diumumkan - PM

Anwar ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat pada Jumaat. Foto Bernama
Anwar ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat pada Jumaat. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Anggaran Belanjawan 2025 adalah yang tertinggi pernah diumumkan iaitu RM421 bilion meliputi RM335 bilion belanja mengurus, RM86 bilion belanja pembangunan, tidak termasuk RM2 bilion simpanan luar jangka.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan terus mengekalkan belanjawan mengembang meskipun bertekad mengurangkan defisit fiskal secara berperingkat.

"Selain peruntukan pembangunan oleh kerajaan, projek secara usaha sama awam-swasta (PFI) bernilai RM9 bilion turut dilaksanakan serta pelaburan langsung domestik oleh syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) berniIai RM25 bilion,” kata beliau ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Beliau berkata, ini menjadikan pelaburan awam untuk pembangunan tahun 2025 berjumlah RM120 bilion.

Dalam pada itu, beliau berkata, sekarang bukan masanya untuk melaksanakan projek mega.

"Pembangunan negara akan menumpukan kepada projek-projek berkepentingan rakyat serta kemudahan yang menyokong kawasan perindustrian mengikut keutamaan negeri,” kata beliau. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!