Belanjawan 2025: Menteri, lantikan politik potong 20 peratus, PM tak terima gaji

Menteri dan lantikan politik akan terus membuat pemotongan sebanyak 20 peratus daripada pendapatan mereka.
Menteri dan lantikan politik akan terus membuat pemotongan sebanyak 20 peratus daripada pendapatan mereka.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau tidak akan menerima sebarang gaji manakala menteri dan lantikan politik akan terus membuat pemotongan sebanyak 20 peratus daripada pendapatan mereka.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, selaras dengan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA), pelarasan pencen akan dilaksanakan secara berfasa berdasarkan peratusan ke atas gaji akhir pesara mengikut kumpulan perkhidmatan masing-masing termasuk pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Atas keprihatinan terhadap permasalahan rakyat dan tantangan fiskal yang menghimput, saya amat berterima kasih kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN) serta Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) atas kepimpinan mereka.

“Barisan pengurusan tertinggi gred utama Turus telah menunjukkan tauladan dan secara sukarela memilih untuk menyumbang balik pelarasan gaji tujuh peratus yang ditawarkan di bawah SSPA.

“Sementara itu, menteri-menteri dan lantikan politik juga akan terus membuat pemotongan 20 peratus gaji serta saya sendiri tidak akan menerima gaji,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2025 Malaysia Madani di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Ujar Anwar, kerajaan juga akan menganjurkan Anugerah Perkhidmatan Awam Madani sebagai tanda pengiktirafan penjawat awam dengan pemberian ganjaran sewajarnya.

Menurutnya, penghargaan itu juga bagi mendorong mereka memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat termasuk menggalakkan budaya daya cipta.

“Saya amat terkesan dengan keikhlasan penjawat awam yang mencurahkan khidmat bakti tanpa berkira masa, tenaga dan wang ringgit.

Artikel Berkaitan:

“Kerajaan amat menghargai pengorbanan Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) yang menyumbang tenaga dalam misi di Lubnan.

“Kita berbangga dengan pencapaian Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) yang diiktiraf sebagai pasukan khas kedua terbaik di Asia Tenggara oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),” ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!