Kos bina Jambatan Rantau Panjang-Golok, Pengkalan Kubor-Tumpat lebih RM50 juta

Pembinaan Jambatan Rantau Panjang ke Golok dan Pengkalan Kubor ke Tumpat akan melibatkan kos melebihi RM50 juta.
Pembinaan Jambatan Rantau Panjang ke Golok dan Pengkalan Kubor ke Tumpat akan melibatkan kos melebihi RM50 juta.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pembinaan Jambatan Rantau Panjang ke Golok dan Pengkalan Kubor ke Tumpat akan melibatkan kos melebihi RM50 juta menerusi peruntukan hampir RM1 bilion yang diumumkan menerusi Belanjawan 2025.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia termasuk pembangunan pekan di sempadan Kalimantan, Indonesia dan Selatan Thailand yang turut diberi keutamaan.

"Ia termasuk penyediaan prasarana asas serba lengkap membabitkan peruntukan hampir RM1 bilion.

"Selain itu, sebanyak RM5 juta disediakan untuk mengatasi kekangan bekalan air di kawasan Zon Selamat Sabah Timur (ESSZone) menerusi penyediaan air bersih secara hibrid menggunakan air hujan dan bawah tanah,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2025 Malaysia Madani di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Mengulas mengenai urusan keluar masuk sempadan negara, Anwar memaklumkan, Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia telah ditubuhkan bagi meningkatkan pengurusan keluar masuk sempadan.

Ujarnya, sebanyak 63 negara telah menggunakan sistem pagar automatik di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Tambah beliau, kaedah imbasan kod QR digunakan bagi memeriksa penumpang bas dan pengguna motosikal di pintu masuk utama selatan tanah air.

Menurutnya, inisiatif berkenaan mengurangkan masa pemeriksaan sehingga 40 peratus dan sebanyak RM20 juta disediakan untuk terus memperkasa kawalan pintu masuk negara.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!