Majikan gajikan wanita kembali bekerja dapat potongan cukai tambahan 50 peratus

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan potongan cukai tambahan diberi sebanyak 50 peratus bagi tempoh 12 bulan penggajian diberikan kepada majikan yang menggaji wanita kembali bekerja. Gambar hiasan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan potongan cukai tambahan diberi sebanyak 50 peratus bagi tempoh 12 bulan penggajian diberikan kepada majikan yang menggaji wanita kembali bekerja. Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan potongan cukai tambahan diberi sebanyak 50 peratus bagi tempoh 12 bulan penggajian diberikan kepada majikan yang menggaji wanita kembali bekerja.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, purata wanita memegang jawatan lembaga pengarah dalam 100 syarikat teratas yang tersenarai di Bursa Malaysia adalah pada kadar 32.2 peratus setakat 10 Oktober lalu.

Menurutnya, walaupun sasaran 30 peratus penglibatan wanita telah dicapai, ia masih belum dipenuhi oleh 39 syarikat dalam lembaga pengarah mereka.

"Kerajaan menyeru supaya sasaran ini dicapai semua syarikat sebelum akhir 2027.

"Kerajaan juga menyeru, mendesak dan menuntut penjelasan mengapa sasaran ini tidak dicapai syarikat-syarikat berkenaan.

"Kerajaan memberi tempoh setahun lagi untuk syarikat menimbang kenaikan penyertaan wanita dalam lembaga,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2025 Malaysia Madani di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Tambah Anwar, wanita digalakkan bekerja terutama dalam menghadapi tekanan kewangan sekarang.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!