Ringgit ditutup lebih tinggi dengan sentimen positif pada belanjawan

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini berikutan sentimen pasaran yang positif selepas pembentangan belanjawan negara. Gambar hiasan
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini berikutan sentimen pasaran yang positif selepas pembentangan belanjawan negara. Gambar hiasan
A
A
A

RINGGIT ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini berikutan sentimen pasaran yang positif selepas pembentangan belanjawan negara, menurut seorang penganalisis.

Pada jam 6 petang, mata wang tempatan itu meningkat kepada 4.3045/3075 berbanding dolar AS daripada 4.3075 /3105 yang dicatatkan semalam.

Penganalisis itu menyatakan belanjawan, yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, memperkenalkan inisiatif utama yang bertujuan untuk memperkukuhkan pertumbuhan ekonomi serta menggalakkan tanggungjawab fiskal.

Pada penutup, ringgit kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia naik berbanding euro kepada 4.6674/6706 daripada 4.6771/6803 dan menokok berbanding yen Jepun kepada 2.8708/8730 daripada 2.8790/8812 semalam.

Sementara itu, ia susut berbanding pound British kepada 5.6109/6148 daripada 5.5967/6006.

Ringgit juga diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang ASEAN.

Mata wang itu menambah nilai berbanding baht Thailand kepada 12.9579/9916 daripada 12.9619/9776.

Artikel Berkaitan:

Ia melemah berbanding dolar Singapura kepada 3.2791/2817 daripada 3.2782/2807, turun berbanding peso Filipina kepada 7.48/7.49 daripada 7.44/7.46, dan merosot berbanding rupiah Indonesia kepada 278.0/278.3 daripada 277.7/278.1 sebelumnya. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!