Belanjawan 2025: Pelepasan cukai sehingga RM7,000 galak pemilikan rumah pertama

Anwar ketika berucap dalam pembentangan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat, di sini pada Jumaat.
Anwar ketika berucap dalam pembentangan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat, di sini pada Jumaat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan bercadang memberikan pelepasan cukai individu sehingga RM7,000 ke atas bayaran faedah pinjaman perumahan bagi menggalakkan pemilikan rumah pertama.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelepasan cukai sehingga RM7,000 diberikan bagi rumah kediaman berharga sehingga RM500,000 manakala pelepasan cukai sehingga RM5,000 ringgit diberikan bagi rumah kediaman berharga melebihi RM500,000 hingga RM750,000.

"Pelepasan ini boleh dituntut bagi tiga tahun taksiran berturut-turut ke atas perjanjian jual beli yang disempurnakan dalam tempoh 1 Januari 2025 hingga 31 Disember 2027," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam pembentangan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat, di sini pada Jumaat.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!