Jangkaan tarik subsidi RON95 bakal jadi kenyataan - Ahmad Fadhli

Foto hiasan (Gambar kecil: Ahmad Fadhli)
Foto hiasan (Gambar kecil: Ahmad Fadhli)
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari mendakwa jangkaan penarikan subsidi RON95 dilaksanakan selepas kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota akhirnya bakal menjadi kenyataan.

Beliau yang juga Ketua Penerangan Pas berkata, jangkaan itu telah dinyatakan ketika kempen PRK Mahkota lalu mengambil kira situasi yang berlaku ketika kemenangan calon kerajaan dalam beberapa siri PRK sebelum ini.

“Sewaktu kempen PRK Mahkota yang lalu, saya sudah menyatakan bahawa kemenangan UMNO/BN dalam PRK itu nanti akan memberikan 'laluan selesa' untuk subsidi RON95 ditarik balik di dalam pembentangan Belanjawan 2025 dan kenaikan harga di stesen minyak akan berlaku.

“Hari ini, Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) sudah mengesahkan dalam pembentangan Belanjawan 2025. Tahniah semua rakyat Malaysia!” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!