Belanjawan 2025: Kerajaan akan gubal akta baharu tahanan rumah

Anwar ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat pada Jumaat. Foto Bernama
Anwar ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat pada Jumaat. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan menggubal akta baharu bagi membolehkan hukuman tahanan di rumah sebagai alternatif untuk kesalahan tertentu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pesalah dikehendaki berada di tempat tahanan yang dianggap bersesuaian.

"Lokasi itu adalah rumah kediaman, rumah jagaan atau asrama pekerja sepanjang tempoh penahanan dengan syarat ditetapkan dan dipantau Pegawai Penjara," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2025 Malaysia Madani di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Dalam pada itu, Anwar memaklumkan, program Peluang Kedua (PEKA) oleh Jabatan Penjara akan diteruskan bagi mengembalikan banduan ke dalam masyarakat.

Ujarnya, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) turut dilibatkan sesuai keputusan yang disepakati untuk menyahjenayah penagih dadah dan sebanyak RM10 juta disediakan untuk menjayakan program tersebut.

"Dasar Peluang Kedua telah beri manfaat kepada lebih 170 ribu rakyat diisytihar bankrap untuk membina semula kehidupan, maka ia bakal diperluas kepada syarikat yang dibankrapkan pada masa akan datang.

"Pada masa sama, Program Baitul Mahabbah akan diteruskan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) dan pertubuhan antarabangsa berkaitan.

"Inisiatif tersebut adalah untuk memastikan kanak-kanak warga asing mendapat perlindungan di tempat sementara yang sesuai selain di Depot Tahanan Imigresen.

Artikel Berkaitan:

@sinarharianonline

Belanjawan 2025: Kerajaan akan gubal akta baharu tahanan rumah #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Khas #Belanjawan2025 #Akta #TahananRumah#PMX #AnwarIbrahim

original sound Sinar Harian

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!