Kronologi pembunuhan pemimpin Hamas

Gambar dari kiri atas: Sheikh Ahmed Yassin, Abdelaziz Rantissi, Saleh al-Aruri
Gambar dari kiri bawah: Mohammed Deif, Ismail Haniyeh, Yahya Sinwar
Gambar dari kiri atas: Sheikh Ahmed Yassin, Abdelaziz Rantissi, Saleh al-Aruri Gambar dari kiri bawah: Mohammed Deif, Ismail Haniyeh, Yahya Sinwar
A
A
A

RAFAH - [DIKEMAS KINI] Kematian Ketua Hamas, Yahya Sinwar pada Khamis, adalah insiden terbaru dalam pembunuhan pemimpin Hamas secara berturut-turut yang berlaku sejak kebelakangan ini.

Berikut adalah senarai pembunuhan sebelum ini dalam tempoh dua dekad yang lalu.

Pengasas Hamas, Sheikh Ahmed Yassin (2004)

Pada 22 Mac, Pemimpin Hamas, Sheikh Ahmed Yassin terbunuh bersama tujuh yang lain dalam serangan helikopter selepas mereka menunaikan solat Subuh di sebuah masjid di Gaza.

Pengganti Pemimpin Hamas, Abdelaziz Rantissi (2004)

Pada 17 April, Abdelaziz Rantissi yang telah mengambil alih jawatan daripada Sheikh Ahmed yang dibunuh, telah dilaporkan terbunuh dalam serangan helikopter ke atas keretanya di Gaza City.

Timbalan Ketua Hamas, Saleh al-Aruri (2024)

Pada 2 Januari 2024, Timbalan Pemimpin Hamas, Saleh al-Aruri terbunuh dalam serangan di pinggir selatan Beirut yang didalangi tentera Israel.

Artikel Berkaitan:

Beliau mengasaskan penubuhan Briged Al-Qassam pada 1991 yang merupakan organisasi menyediakan tentera kepada Hamas.

Ketua Tentera Hamas, Mohammed Deif (2024)

Pada 13 Julai, Israel berkata pemimpin tentera Hamas, Mohammed Deif terbunuh di selatan Gaza. Bagaimanapun, Hamas tidak mengesahkan kematian tersebut.

Ketua Politik Hamas, Ismail Haniyeh

Pada 31 Julai, Ketua Politik Hamas, Ismail Haniyeh disahkan terbunuh dalam satu serangan udara di Teheran, di mana beliau menghadiri majlis angkat sumpah Presiden Iran, Masoud Pezeshkian.

Pengawal Revolusi Iran berkata, Haniyeh terbunuh akibat peluru jarak dekat dilancarkan dari luar penginapannya di Teheran.

Iran, Hamas dan Hizbullah menuduh Israel melakukan pembunuhan itu. Namun, Israel tidak mengulas mengenainya.

Selepas insiden itu, Sinwar dinamakan sebagai pengganti Haniyeh sebagai ketua kumpulan Hamas.

Ketua Hamas, Yahya Sinwar (2024)

Pada 17 Oktober, tentera Israel mengumumkan bahawa ia membunuh pemimpin Hamas Yahya Sinwar semasa operasi di selatan Gaza pada hari sebelumnya.

Hamas mengesahkan Ketua Biro Politiknya itu terbunuh dalam serangan Israel pada Khamis.

Perkara itu disahkan oleh anggota biro politik Hamas, Khalil al-Hayya dalam satu kenyataan yang disiarkan menerusi akaun Telegram Brigade al-Qassam Hamas pada Jumaat. - AFP

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!