Arteta 'lenjan' Saka selagi boleh

Saka mengalami kecederaan di pertengahan babak kedua ketika perlawanan Liga Negara-Negara menentang Greece di Stadium Wembley, baru-baru ini. Foto Agensi
Saka mengalami kecederaan di pertengahan babak kedua ketika perlawanan Liga Negara-Negara menentang Greece di Stadium Wembley, baru-baru ini. Foto Agensi
A
A
A

BOS Arsenal, Mikel Arteta mendedahkan kecederaan dialami Bukayo Saka semasa tugasan antarabangsa bersama England adalah tidak serius, bermakna pemain itu berpeluang untuk beraksi menentang Bournemouth tengah malam ini (12.30 tengah malam waktu Malaysia).

The Gunners setakat ini masih belum tewas dalam tujuh perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) tetapi mempunyai beberapa isu kecederaan sebelum bertandang ke Kings Park.

Kapten kelab, Martin Odegaard mungkin direhatkan sehingga bulan depan akibat masalah pergelangan kaki, sementara Gabriel Martinelli dan Saka sendiri mengalami kecederaan semasa cuti antarabangsa.

Saka terpaksa keluar terhincut-hincut semasa kekalahan England kepada Greece dalam kempen Liga Negara-Negara UEFA di laman sendiri, tetapi Arteta berharap pemain itu dapat beraksi di Stadium Vitality.

“Ini bukan kecederaan yang serius dan kami optimis.

“Kita tunggu dan lihat sama ada dia pulih dan cergas tepat pada masanya,” ulas Arteta mengenai kecederaan dialami Saka.

Mengulas peluang Thomas Party dan Kai Havertz disenaraikan dalam perlawanan itu, Arteta berkata: “Jika kedua-duanya cergas, tiada masalah untuk mereka disenaraikan tetapi buat masa ini kami memantau rapat perkembangan Thomas dan Kai.”

Party (Ghana) dan Havertz (Jerman) tidak mewakili negara masing-masing bulan ini kerana mahu meningkatkan kecergasan.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!