Tenggiling sumber sebar koronavirus?

Haiwan berkenaan merupakan sumber makanan dan ubat-ubatan tradisional berharga di Asia. - Foto Agensi
Haiwan berkenaan merupakan sumber makanan dan ubat-ubatan tradisional berharga di Asia. - Foto Agensi
A
A
A

BEIJING - Wabak koronavirus yang membawa maut di China dipercayai disebarkan melalui kelawar kepada manusia kini dikatakan berpunca daripada tenggiling yang diseludup.

Haiwan berkenaan merupakan sumber makanan dan ubat-ubatan tradisional berharga di Asia.

"Penemuan terbaru itu akan menjadi langkah sangat penting untuk mengawal sumber asal virus itu.

"Urutan genom koronavirus tersebut yang dipisahkan daripada spesies tenggiling adalah 99 peratus sama dengan yang dikesan pada individu yang dijangkiti. Hasil penyelidikan itu mendapati tenggiling dipercayai sebagai sumber penyebaran virus itu," lapor agensi berita Xinhua memetik kenyataan penyelidik di South China Agricultural University yang mengetuai kajian tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Hidangan haiwan eksotik: Penguat tenaga atau punca bala dunia

Mengyun mohon maaf promosi sup kelawar tiga tahun lalu

Sebelum ini, dua kajian diterbitkan awal minggu lalu menerusi jurnal Nature mendapati asal usul virus tersebut dibawa kelawar yang dijual secara terbuka di pasar haiwan liar dan disebarkan kepada manusia.

Difahamkan, tenggiling adalah salah satu daripada mamalia yang sering diseludup di Asia walaupun dilindungi undang-undang antarabangsa.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, profesor perubatan veterinar di Universiti Hong Kong, Dirk Pfeiffer memberi amaran bahawa kajian itu masih belum jelas untuk membuktikan tenggiling telah menyebarkan virus itu.

"Anda hanya boleh buat kesimpulan lebih pasti jika membandingkan kelaziman antara spesies berbeza berdasarkan sampel. Dalam kes ini, ia hampir tidak sah. Kaitan manusia dengan Pasar Borong Makanan Laut Huanan di Wuhan juga masih perlu dibuktikan," jelasnya. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!