Kerap pantau pusat hiburan, elak rasuah libatkan penguat kuasa

Kurangnya pemantauan di premis pusat hiburan membuka ruang kepada jenayah rasuah berlaku secara aktif khususnya melibatkan pihak berkuasa.
Kurangnya pemantauan di premis pusat hiburan membuka ruang kepada jenayah rasuah berlaku secara aktif khususnya melibatkan pihak berkuasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Kurangnya pemantauan di premis pusat hiburan membuka ruang kepada jenayah rasuah berlaku secara aktif khususnya melibatkan pihak berkuasa.

Ahli Jawatankuasa (AJK) Rasuah Busters Kedah, Abdul Wahab Yahya berkata, walaupun kerajaan agresif dalam membendung jenayah berkenaan tetapi amalan ‘wang kopi’ ketika bertugas masih berlaku.

“Jika amalan jijik ini semakin berterusan dalam kalangan pihak berkuasa, maka ia akan merencatkan usaha kerajaan untuk membanterasnya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai seorang pegawai penguat kuasa ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima rasuah kira-kira RM50,000 daripada ejen pusat hiburan.

Sumber berkata, lelaki berusia 40-an itu ditahan kira-kira 12 tengah malam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Kuala Lumpur.

Tambah Abdul Wahab, pihak bertanggungjawab perlu memastikan anggota dan pegawai yang melaksanakan tugas benar-benar mempunyai integriti tinggi.

“Para pegawai yang menjalankan tugas pula perlulah menjadi contoh dan teladan kepada yang lain.

“Akhir sekali kepada yang melakukan jenayah itu mesti dikenakan hukuman yang berat,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!