Rumah teres RM250,000 dijual di Shopee, boleh beli dulu bayar kemudian

Rumah teres RM250,000 dijual di Shoppe
Rumah teres RM250,000 dijual di Shoppe
A
A
A

SHAH ALAM - Biasanya, penjualan rumah dibuat menerusi pengiklanan dalam beberapa portal seperti di Facebook, Mudah, iProperty, atau Propertyguru namun kini diperluaskan kepada saluran Shopee.

Baru-baru ini viral satu iklan penjualan rumah teres setingkat di Kluang yang dijual melalui Shopee dengan harga RM250,000.

Iklan itu turut memaparkan gambar yang menunjukkan keadaan dalam dan luar rumah berkenaan

Lebih menarik apabila pemilik rumah berkenaan turut membenarkan penggunaan SPayLater yang mana pembeli boleh beli dahulu bayar kemudian dengan beberapa kaedah.

Difahamkan menerusi SPayLater pelanggan boleh membuat bayaran secara ansuran bulanan.

Sudah pasti perkongsian itu mengembirakan siapa sahaja kerana berpeluang untuk memiliki rumah.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!