Ten Hag bengang fitnah tentang masa depannya di United

Erik ten Hag
Erik ten Hag
A
A
A

PENGENDALI Manchester United, Erik ten Hag menuduh media sengaja mereka cerita dongeng dan bohong tentang masa depannya di kelab itu.

Ten Hag berada di bawah tekanan besar selepas lima perlawanan tanpa kemenangan, termasuk kekalahan memalukan 0-3 di laman sendiri kepada Tottenham Hotspur.

United kini berada di tangga ke-14 dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) dan ramai menjangkakan pengendali berusia 54 tahun itu akan dipecat sebelum rehat antarabangsa, terutamanya apabila ahli keluarga Glazer menghadiri mesyuarat lembaga pengarah United minggu lepas.

Bagaimanapun, Ten Hag kekal jawatan tersebut dan berkata, wartawan sengaja mengabaikan komennya selepas perlawanan ketika seri tanpa jaringan di Aston Villa pada 6 Oktober.

Dalam temu bual selepas perlawanan itu, Ten Hag memberikan komen bahawa mereka bersatu mengenai sokongan yang dia terima di Old Trafford.

"Kekecohan itu hanya datang daripada sebahagian daripada anda (media), mencipta cerita dan dongeng serta membawa pembohongan.

"Saya tahu kami bersatu di kelab ini. Saya berkata ini sebelum rehat. Saya memberitahu beberapa wartawan. Mungkin wartawan tidak mempercayai saya kerana saya melihat laporan itu," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!