Penalti Ronaldo bantu kemenangan Al Nassr
CRISTIANO Ronaldo menjaringkan gol kemenangan lewat permainan melalui sepakan penalti ketika Al-Nassr menang 2-1 menentang Al-Shabab dalam aksi Liga Pro Saudi pada Sabtu.
Al-Nassr mendahului pada minit ke-69 menerusi bekas pemain pertahanan Manchester City, Aymeric Laporte.
Namun, gol sendiri daripada pemain Al-Nassr, Ali Al-Hassan pada minit ke-90 menyaksikan Al-Shabab berjaya menyamakan kedudukan.
Ronaldo berjaya menyempurnakan penalti sebelum Al-Shabab turut dianugerahkan penalti untuk menyamakan kedudukan selepas Nader Al-Sharari dikasari dalam kawasan penalti.
Abderrazzaq Hamdallah gagal menjaringkan penalti itu membolehkan Al-Nassr meraih tiga mata.
Al-Nassr kini berada di tempat kedua dalam Liga Pro Saudi, empat mata di belakang pendahulu Al-Hilal.
Ronaldo telah menjaringkan enam gol dalam tujuh penampilan liga selain dua bantuan gol musim ini.
Pemain berusia 39 tahun itu berharap dapat memberi inspirasi kepada Al-Nassr kepada satu lagi kemenangan apabila mereka menentang Esteghlal di tempat lawan dalam Liga Juara-Juara AFC pada Selasa.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!