Nak untung tinggi, tapi rugi RM690,000

Pulangan kira-kira RM50,000 yang diterima mendorong seorang wanita menambah pelaburan dalam talian yang disertai sebelum ditipu hingga kerugian RM690,000.
Pulangan kira-kira RM50,000 yang diterima mendorong seorang wanita menambah pelaburan dalam talian yang disertai sebelum ditipu hingga kerugian RM690,000.
A
A
A

KUANTAN - [DIKEMAS KINI] Pulangan kira-kira RM50,000 yang diterima mendorong seorang wanita menambah pelaburan dalam talian yang disertai sebelum ditipu hingga kerugian RM690,000.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, surirumah berusia 42 menerima tawaran skim pelaburan melalui aplikasi WhatsApp itu pada 17 Julai lalu.

Menurutnya, tertarik dengan tawaran dijanjikan, mangsa telah mendaftar melalui sistem pelaburan diberikan suspek.

"Mangsa diberikan latihan untuk membeli saham melalui pautan yang diberikan itu bagi bulan Julai dan Ogos.

"Dalam tempoh 17 Deptember hingga 14 Oktober lalu, mangsa telah membuat 25 transaksi melalui dua akaun bank yang diberikan dengan jumlah keseluruhan RM690,000," katanya melalui kenyataan pada Sabtu.

Yahaya berkata, dalam tempoh itu mangsa menerima pulangan kira-kira RM50,000 namun telah melaburkan semula wang tersebut sebelum menyedari telah ditipu.

"Sumber kewangan yang dilaburkan hasil wang simpanan mangsa," katanya.

Tambah beliau, orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah terpedaya dengan tawaran pelaburan dalam talian yang menjanjikan keuntungan tinggi.

Artikel Berkaitan:

"Orang ramai juga diingatkan supaya membuat semakan nombor akaun yang diterima melalui pautan https://semakmule.rmp.gov.my/ terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!