Program Pink Walk 2024 X Festival OHMYDIN pecah rekod 2,100 peserta

Pelepasan peserta pada Pink Walk 2024 X Festival OHMYDIN.
Pelepasan peserta pada Pink Walk 2024 X Festival OHMYDIN.
A
A
A

KOTA BHARU - Kanser payudara terus menjadi pembunuh paling utama dalam kalangan wanita di seluruh dunia dan menyumbang sebanyak 24.2 peratus kes baharu pada 2018.

Penyakit itu juga menyebabkan 15 peratus kematian akibat kanser pada tahun berkenaan.

Menyedari kepentingan sistem sokongan padu perlu diberikan kepada golongan itu, pihak Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) berbesar hati bekerjasama dengan Yayasan Kaseh Kanser & Kronik (YKKK) mengadakan Program Pink Walk 2024 X Festival OHMYDIN.

Puan Sri Tunku Noor Hayati (tiga dari kanan) yang turut berjalan kaki bersama para peserta.
Puan Sri Tunku Noor Hayati (tiga dari kanan) yang turut berjalan kaki bersama para peserta.

Acara kali ketujuh diadakan itu turut memecah rekod penyertaan paling tinggi dengan 2,100 peserta terdiri daripada kalangan pesakit kanser payudara, kakitangan kesihatan dan orang awam.

Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin berkata, kerjasama dilaksanakan bertujuan menyemarakkan bulan kesedaran kanser payudara di samping mencari dana kewangan bagi membantu meringankan beban serta penderitan pesakit-pesakit kanser itu di negeri Kelantan yang rata-rata terdiri daripada kurang berkemampuan.

“Pihak Mydin juga memberi sumbangan bernilai RM10,000 kepada pesakit kanser.

Artikel Berkaitan:

Salim (empat dari kiri) menyampaikan sumbangan RM10,000 daripada Mydin ke tabung kanser.
Salim (empat dari kiri) menyampaikan sumbangan RM10,000 daripada Mydin ke tabung kanser.

“Program sebegini diharap akan dapat memberi sinar keceriaan dan kegembiraan kepada para pesakit,” katanya kepada Sinar Harian di sini pada Sabtu.

Pink Walk 2024 X Festival OHMYDIN tersebut dirasmikan oleh Tengku Puan Temenggong Kelantan, Puan Sri Tunku Noor Hayati Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj juga Pengasas Yayasan Noor Al Syakur (Yanas).

Turut hadir Pengerusi YKKK, Kolonel Bersekutu (PA) Datuk Dr Imi Sairi Ab Hadi dan Pengarah Eksekutif Mydin, Salim Mydin.

Dalam pada itu, Ameer Ali berkata, Festival OHMYDIN yang diadakan juga bagi menghargai sokongan masyarakat sepanjang 67 tahun Mydin berkhidmat sebagai rangkaian pemborong dan peruncitan halal terbesar tempatan.

“Festival OHMYDIN berlangsung bermula Ogos hingga November dengan pelbagai aktiviti dan promosi.

“Antaranya aktiviti untuk komuniti iaitu empat Fun Run yang sudah mengumpul penyertaaan hampir 7,000 peserta di Mydin Subang Jaya, Selangor, Mydin Mall MITC, Melaka dan Mydin Mall Tunjong, Kelantan.

Tambah beliau, program seterusnya akan berlangsung di Mydin Petra Jaya, Sarawak pada bulan depan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!