Israel dedah video lokasi serangan ke atas Yahya Sinwar

Israel mendedahkan satu rakaman video memaparkan serangan kereta kebal ke atas sebuah bangunan yang menempatkan pemimpin Hamas, Yahya Sinwar.
Israel mendedahkan satu rakaman video memaparkan serangan kereta kebal ke atas sebuah bangunan yang menempatkan pemimpin Hamas, Yahya Sinwar.
A
A
A

RAFAH - Israel mendedahkan satu rakaman video memaparkan serangan kereta kebal ke atas sebuah bangunan yang menempatkan pemimpin Hamas, Yahya Sinwar pada Jumaat.

Angkatan Pertahanan Israel mengesahkan bahawa Yahya Sinwar telah dibunuh pada Khamis selepas Israel menjalankan ujian DNA dan menggunakan rekod gigi untuk mengesahkan identitinya.

Dalam pada itu, tentera Israel juga mendedahkan satu lagi video pada Khamis di mana sebuah dron Israel mengesan lokasi pemimpin Hamas itu di balik runtuhan di sebuah bangunan di Rafah, Gaza Selatan.

Dalam video tersebut, Yahya Sinwar dilihat duduk di atas kerusi dipenuhi debu dan berada dalam keadaan terkulai.

Sementara itu, pembunuhan Yahya Sinwar, mendorong semula gesaan untuk membebaskan berpuluh-puluh warga Israel yang dijadikan tebusan oleh kumpulan pejuang Palestin di Gaza.

Ketika pemimpin dunia menggesa Hamas membebaskan tebusan, keluarga dan penyokong mereka menyuarakan keyakinan perkembangan terkini akan memberi nafas baharu kepada perbincangan mengenai pembebasan tebusan susulan perang sejak sejak 7 Oktober tahun lalu. - Agensi

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!