Dicekup tidak sampai sejam menyamun

Tindakan pantas polis di daerah ini berjaya menahan dua lelaki dipercayai melakukan samun terhadap seorang warga asing di sebuah pasar mini di Taman Kota pada Jumaat, dalam tempoh kurang satu jam. Gambar hiasan
Tindakan pantas polis di daerah ini berjaya menahan dua lelaki dipercayai melakukan samun terhadap seorang warga asing di sebuah pasar mini di Taman Kota pada Jumaat, dalam tempoh kurang satu jam. Gambar hiasan
A
A
A

KOTA TINGGI - Tindakan pantas polis di daerah ini berjaya menahan dua lelaki dipercayai melakukan samun terhadap seorang warga asing di sebuah pasar mini di Taman Kota pada Jumaat, dalam tempoh kurang satu jam.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman, kedua-dua lelaki warga tempatan berusia 25 dan 26 tahun itu ditahan di dua lokasi berbeza di sekitar kawasan Kota Tinggi.

Kataya, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian samun tersebut daripada seorang lelaki warga asing berusia 27 tahun yang juga pemandu kedai pada jam 8.30 malam.

“Mangsa mendakwa kerugian RM300 selain mengalami kecederaan selepas disamun suspek.

"Bertindak atas maklumat, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi telah melakukan tangkapan terhadap dua lelaki berkenaan di lokasi berbeza, tidak sampai sejam setelah kejadian samun berkenaan,” katanya.

Ujar beliau, polis turut merampas sehelai seluar jeans pendek tidak berjenama, sebilah pisau pemotong daging, wang tunai berjumlah RM284, sebuah motosikal jenis Honda C100 dan sebuah topi keledar jenama Nova.

"Hasil soal siasat awal turut mendapati kedua-dua suspek terlibat dalam kes lain yang sedang di siasat. Kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian diminta memberikan kerjasama dengan tampil menyalurkan maklumat di mana-mana balai polis berdekatan atau menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi di talian 07-883 7222," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!