MAIS tolak permohonan rayuan tauliah mengajar Ustaz Don

Abdul Aziz bercakap kepada media ketika ditemui pada pada program Ijtima' Pemegang Tauliah Mengajar Negeri Selangor 2024 di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada Sabtu. Gambar kecil: Ustaz Don
Abdul Aziz bercakap kepada media ketika ditemui pada pada program Ijtima' Pemegang Tauliah Mengajar Negeri Selangor 2024 di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada Sabtu. Gambar kecil: Ustaz Don
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menolak rayuan tauliah mengajar pendakwah selebriti Ustaz Don Daniyal Bon Bijayid.

Pengerusi MAIS, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, jawatankuasa tauliah membuat ketetapan menolak rayuan itu selepas penelitian terhadap kes penarikan tauliah ke atasnya pada 24 Julai lalu.

Abdul Aziz
Abdul Aziz

Bagaimanapun menurutnya, Ustaz Don boleh mengemukakan permohonan semula tauliah mengajar berkenaan selepas setahun dari tarikh itu.

"Beliau ada buat rayuan tapi selepas sesi pendengaran jawatankuasa tauliah memutuskan menolak rayuan tersebut.

"Ia selepas didapati ada perkara yang bercanggah dengan peraturan ditetapkan," katanya mengulas berkenaan status tauliah mengajar pendakwah berkenaan.

Abdul Aziz ditemui pada pada program Ijtima' Pemegang Tauliah Mengajar Negeri Selangor 2024 di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata, Ustaz Don perlu menjalani proses permohonan semula tauliah mengajar serta prosedur ditetapkan MAIS.

Artikel Berkaitan:

"Walaupun rayuan ditolak, beliau masih boleh buat permohonan semula tapi syaratnya adalah selepas setahun

"Beliau ada pengalaman dan tak ada masalah untuk itu, cuma jangan ulang kesilapan lalu," katanya.

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sebelum ini membuat ketetapan menarik tauliah mengajar Ustaz Don berdasarkan kuasa Jawatankuasa mengikut subseksyen 118 (3) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 yang dibaca bersama perenggan 17(d) Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008.

Keputusan itu dibuat menerusi Mesyuarat Khas Jawatankuasa Tauliah.

Difahamkan Ustaz Don telah mengemukakan rayuan pada 14 Ogos lalu sebelum rayuan itu ditolak pada 17 September.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!