Wanita buat kecoh di stesen minyak ditahan

Laporan Sinar Harian pada Jumaat.
Laporan Sinar Harian pada Jumaat.
A
A
A

SUNGAI BULOH - Tindakan seorang wanita membuat kecoh apabila enggan mengalihkan kenderaan miliknya di sebuah stesen minyak di Hillpark Saujana Utama, di sini memakan diri apabila ditahan polis pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, suspek berusia 42 tahun itu ditahan jam 3.40 pagi ketika berada di Balai Polis Saujana Utama.

"Tangkapan telah dilakukan awal pagi ini dan sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan setelah proses dokumentasi serta prosedur siasatan selesai," katanya pada Sabtu.

Sinar Harian pada Jumaat melaporkan pihak polis mengesahkan menerima laporan kejadian tular membabitkan seorang wanita membuat kecoh selepas enggan mengalihkan kenderaannya di sebuah stesen minyak.

Dalam kejadian jam 7.50 malam pada Khamis, wanita tersebut tiba di lokasi kejadian dengan menaiki sebuah kereta, sebelum meletakkannya di belakang kenderaan lain.

Tindakan wanita itu menyebabkan kenderaan lain gagal untuk keluar dan ketika diminta mengalihkan kereta oleh pelanggan lain, wanita tersebut marah serta menyerang menggunakan sebatang buluh.

Ekoran kes itu, dua kertas siasatan dibuka oleh polis di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!