Belanjawan 2025 penuhi keperluan semua segmen pelajar - Fadhlina

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menyampaikan ucapan pada Karnival Lestari Intervensi Awal Pusat Permata Kurnia di sebuah pusat beli-belah pada Sabtu. Foto Bernama
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menyampaikan ucapan pada Karnival Lestari Intervensi Awal Pusat Permata Kurnia di sebuah pusat beli-belah pada Sabtu. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sektor pendidikan yang menerima peruntukan terbesar dalam Belanjawan 2025 disifatkan sebagai memenuhi keperluan semua segmen pelajar dan mampu mengangkat martabat rakyat melalui pendidikan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, komitmen besar daripada kerajaan itu adalah inklusif yang bermaksud tiada anak-anak yang akan terpinggir serta semua segmen pelajar mendapat manfaat daripada peruntukan itu.

"Pengumuman itu telah memberikan kita satu dimensi sangat besar. Pertamanya, soal komitmen pendidikan yang mesti diterajui dengan lebih cekap kerana melibatkan peruntukan besar. Kedua, adalah segmen inklusif yang bermaksud anak-anak kita ini tiada yang terpinggir.

"Kita lihat melalui pengumuman semalam, semua segmen anak-anak kita mendapat manfaat yang cukup besar daripada sekolah-sekolah baharu,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Karnival Lestari Intervensi Awal 2024 (KLIA’2024) di sebuah pusat beli-belah di sini pada Sabtu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat, semalam mengumumkan Kementerian Pendidikan (KPM) telah diberi peruntukan tertinggi sebanyak RM64.1 bilion berbanding RM58.7 bilion ringgit tahun ini. - Bernama


Belanjawan 2025: Prihatin ekonomi rakyat, rangkum segenap masyarakat

SHAH ALAM - Belanjawan 2025 benar-benar prihatin kepada ekonomi rakyat dan merangkumi keperluan segenap masyarakat dalam negara.

Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (Amanah), Muhammad Faiz Fadzil berkata, jika dihitung keseluruhan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Sumbangan Asas Rahmah (Sara) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Belanjawan 2025 memastikan isi rumah miskin dengan tiga anak layak menerima bantuan lebih RM13,000 setahun.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, ia merupakan satu peningkatan yang sangat ketara.

"Belanjawan 2025 juga tidak mengenepikan komuniti petani, nelayan dan masyarakat luar bandar secara amya.

Sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, saya menyambut baik pengumuman kerajaan menaikkan peruntukan subsidi, bantuan dan insentif untuk nelayan dan pesawah kepada RM2.78 bilion.

"Ini termasuk keputusan menaikkan kadar siling bantuan bina baharu atau penempatan semula rumah nelayan dan bantuan diesel turut dikekalkan membuktikan Kerajaan Madani cakna dengan keperluan sebenar komuniti kecil ini," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Sebelum itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Tambah Muhammad Faiz, inisiatif untuk sektor pertanian tidak dilupakan apabila kerajaan memberi fokus khusus terhadap keterjaminan makanan.

Jelasnya, ia termasuk pembangunan tanah terbiar kerajaan dan insentif tunai serta pembiayaan untuk para petani, pesawah, pekebun kecil dan penternak.

"Selain itu, pembangunan negara tidak akan seimbang tanpa perhatian khusus kepada pembinaan kekuatan ekonomi dalam kalangan anak muda.

"Justeru program step up financing untuk rumah pertama diperkenalkan, RM20 juta disediakan bawah Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE), 60,000 mahasiswa kurang mampu khususnya dari Sabah dan Sarawak akan diberi bantuan pembelian tiket penerbangan serta 15,000 anak muda kurang mampu akan ditampung bayaran mendapatkan lesen motosikal," ujarnya.

Beliau berpendapat, mekanisme subsidi petrol yang diumumkan juga tepat kerana ia memastikan rakyat B85 (bawah 85 peratus) akan terus menikmati subsidi dan harga petrol yang berpatutan.

Katanya, inisiatif cukai yang diumumkan juga tepat kerana lebih tertumpu kepada golongan kaya.

"Terbukti, langkah kerajaan ini benar-benar prihatin kepada ekonomi rakyat.

"Syabas sekali lagi diucapkan kepada Kementerian Kewangan berjaya mengurangkan defisit kerajaan tanpa memotong manfaat rakyat yang memerlukan," jelasnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!