Kopi mati ditembak: DVS teliti memorandum persatuan haiwan

Laporan Sinar Harian.
Laporan Sinar Harian.
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) akan meneliti memorandum yang diterima daripada beberapa persatuan haiwan berhubung isu anjing ditembak mati semasa operasi penangkapan dan pelupusan anjing liar yang dijalankan oleh Majlis Daerah Besut pada 6 Oktober lepas.

DVS dalam kenyataan pada Sabtu berkata, pihaknya akan mengemas kini perkembangan terkini siasatan yang telah dijalankan berdasarkan punca kuasa di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) seperti telah ditetapkan mengikut keputusan dasar jabatan berkenaan.

"Ibu Pejabat DVS mengesahkan telah menerima memorandum daripada beberapa persatuan haiwan berhubung isu anjing-anjing ditembak mati semasa operasi penangkapan dan pelupusan anjing liar yang dijalankan oleh Majlis Daerah Besut.

"Operasi tersebut telah dijalankan pada 6 Oktober lepas di Kampung Raja; Paya Rawa; Pengkalan Nyireh; Air Tawar; Tanjung Demong; Gelam Mas dan Jertih di daerah Besut melibatkan 25 orang pegawai dan kakitangan Majlis Daerah Besut, Pejabat Veterinar Daerah Besut serta Pejabat Undangan Negeri Kota Putera," kata kenyataan itu.

Pada 13 Oktober lepas, Sinar Harian melaporkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri (JPV) Terengganu menyiasat kes kematian melibatkan seekor anjing liar diberi nama Kopi yang disyaki mati ditembak.

Pengarah JPV negeri, Dr Anun Man berkata, pihaknya menerima banyak pertanyaan berhubung video memaparkan kematian anjing tersebut yang tular di media sosial sejak minggu lalu.

Sebelum ini, anjing liar tersebut pernah tular pada Mac lalu selepas videonya bermain dengan anak kucing terbiar di sebuah taman perumahan di negeri ini ditemui mati dipercayai ditembak.

Akaun Facebook My Forever Doggo (MFD) berkongsi video berdurasi 52 saat yang memaparkan anjing liar itu mati akibat kecederaan serius.

Artikel Berkaitan:

Menurut MFD, kejadian itu disedari seorang penduduk di taman perumahan itu selepas terdengar bunyi tembakan kuat.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!