PM saran Kabinet Sabah, Hajiji laksana Kampung Angkat Madani

Anwar ketika berucap pada Program Madani Rakyat 2024 Sayangi Sabah di Likas, Kota Kinabalu.
Anwar ketika berucap pada Program Madani Rakyat 2024 Sayangi Sabah di Likas, Kota Kinabalu.
A
A
A

KOTA KINABALU - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan supaya Kabinet kerajaan Sabah termasuk Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji melaksanakan program Kampung Angkat Madani di negeri ini.

Beliau berkata, sistem kampung angkat itu adalah bertujuan untuk mengenal pasti isu di akar umbi yang berlaku di kawasan tersebut.

"Sebenarnya saya minta Hajiji fikir satu hal lagi, saya gunakan juga sistem Kampung Angkat Madani, saya kata Perdana Menteri, Menteri, Ketua Setiausaha Negara, Ketua Setiausaha semua pandai-pandai bagi cadangan itu, cadangan ini, kertas kerja ini, bentang di sana bentang di situ.

"Baik saya kata, cuba kamu jaga satu kampung. Jadi saya minta Perdana Menteri, menteri dengan KSU (Ketua Setiausaha), Ketua Pengarah yang pandai-pandai... Betul pandai, ya. Ambil satu kampung, kamu jaga kampung itu.

"Jadi, bila kita buat begitu baru kita tahu di bawah ini bagaimana. Masalah di kampung ini saya sebut tadi microcosm satu negara, keselamatan ya, ada kes curi ya, ada budak belia dadah ya, ada sekolah tercicir ya, ada tandas sekolah tak begitu baik ya, semua ini sudah perhatikan selesaikan masalah di kampung itu.

"Jadi saya harap kalau kerajaan negeri, bulan depan kalau saya jumpa Datuk Seri Hajiji saya tanya kampung mana kampung angkat Hajiji," katanya ketika berucap pada Program Madani Rakyat 2024 di Likas pada Sabtu.

Beliau berkata, menerusi sistem kampung angkat yang dilaksanakannya sendiri dapat melihat masalah yang dihadapi di kampung angkatnya yang terletak di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

"Saya sendiri ada kampung angkat saya, Kampung Cherok Tokun kampung saya.

Artikel Berkaitan:

"Saya tengok rupanya masalah keciciran, masalah dadah ada, masalah pengangguran pun ada, masalah anak-anak nak ke Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) tak tahu ke mana.

"Semua kita perhatikan, minta seorang bantu dan selesaikan. Kalau katakan 2,000 pegawai kanan, mula begitu adalah kesan, bolehlah kita pilih cara begitu, maknanya turun sendiri lain bezanya.

"Saya datang sini sebagai Perdana Menteri, saya balik kampung dia anggap saya sebagai orang kampung biasalah.

"Walaupun dia hormat tentunya tetapi saya lebih faham, sebab itu dalam belanjawan semalam saya cerita Lahad Datu, Kapit.

"Lahad Datu Sabah ini apa dia, kita pergi situ, pasal keselamatan dulu ada kecemasan, perintah berkurung, ekonomi terkesan, perlu kesabaran mereka, untuk sekolah dan pendidikan mereka untuk semuanya kita dengar dan kita ambil tahu," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!